BILAKAH TARIKH PILIHANRAYA UMUM KE-13 MALAYSIA?
MANDAT SEKARANG BERAKHIR LAGI ~

"...bahawasanya guru itu ialah seorang yang melepaskan kita daripada gelap-gelita kebodohan."

02 Jun 2012

Pindaan Akta Bukti : Kerajaan Menginjak Demokrasi

Kenyataan bersama NGO 30 Mei 2012
Pindaan Akta Bukti : Kerajaan Menginjak Demokrasi

NGO-NGO yang menandatangani kenyataan ini, mengutuk sekeras-kerasnya pindaan Akta Bukti 1950 yang telah diluluskan di persidangan terakhir Parlimen dan akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2012. Walaupun pindaan Akta ini membawa implikasi yang amat besar, ianya masih diluluskan tanpa perbincangan yang telus. Orang ramai tidak dibawa untuk berbincang. Tanpa waktu yang panjang untuk berbahas, Parlimen telah meluluskan Akta ini.

Kemasukan Fasal baru Seksyen 114A Akta Bukti mengandungi perkara-perkara berikut:

- Pemilik, tuan rumah, pentadbir, pengarang atau penolong pengarang untuk semua laman-laman atau akaun media sosial akan dianggap bertanggungjawab keatas apa-apa isi yang telah dipapar atau diulang paparan dilaman-laman tersebut. Kandungan paparan ini tidak semestinya oleh mereka sendiri atau pun orang yang menyamar sebagai mereka, atau orang yang menyamar, atau sesiapa sahaja;

- Pelanggan kepada perkhidmatan jaringan yang biasanya mencetak atau mengulang-cetak kandungan-kandungan akan dipertanggungjawabkan keatas penerbitan tersebut;

- Tuan punya atau individu yang menyimpan perkakas elektronik yang telah digunakan untuk mencetak atau mengulang-cetak isi kandungan tersebut , akan dipertanggungjawabkan.

Justeru dengan ini, kami merasa Pindaan ini melanggar hukum undang-undang sejagat dimana individu itu tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya. Pindaan ini telah menterbalikkan undang-undang sejagat ini, dimana individu itu akan didapati bersalah dan dia wajib membuktikan yang dia tidak bersalah.

Seksyen 114A Akta Bukti bersama-sama undang-undang zalim seperti Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 akan terus menerus menafikan hak rakyat Malaysia untuk mendapat kebebasan menyatakan pandangan. Undang-undang ini bukan sahaja akan mengancam warganegara untuk melakukan pengawalan diri (self-censorship), malah ianya juga akan disalahgunakan oleh sesiapa sahaja untuk memerangkap orang lain dengan menggunakan undang-undang zalim ini. Undang-undang ini tidak mewujudkan keadilan malah ianya melahirkan ketidakadilan.

Dalam konteks pilihanraya umum, besar kemungkinan Seksyen 114A Akta Bukti ini akan disalahgunakan oleh individu untuk mensabitkan parti politik atau bakal-bakal calon dengan jenayah. Sesiapa sahaja boleh dituduh mencetak kenyataan yang dianggap kasar atau menghasut walaupun yang dituduh tidak mencetaknya. Hanya melalui komen-komen yang tidak bertandatangan atau komen tanpa nama yang telah ditinggalkan didalam laman-laman yang ada kaitan dengan ahli-ahli politik yang berkenaan, maka ianya akan mensabitkan ahli politik tersebut sebagai bertanggungjawab memaparkan kandungan tersebut. Pindaan ini terus menggalakkan politk kotor. Politik kotor ini terus berlaku di Malaysia sebelum, ketika dan sesudah pilihanraya umum.

Hak menyatakan pendapat ialah asas untuk demokrasi. Di Malaysia, hak mendapat maklumat melalui media massa dikekang oleh kerajaan yang dibantu oleh undang-undang yang menindas. Warganegara Malaysia pada ketika ini telah menggunakan internet sebagai ruang demokrasi dimana mereka boleh menyatakan perasaan dan pandangan. Mereka juga telah mendapat maklumat daripada internet.

Pindaan keatas Akta Bukti meyakinkan kita bahawa hak kebebasan untuk mengeluarkan pendapat masih lagi satu ilusi yang tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa bila kerajaan menafikan hak rakyat untuk mengeluarkan pendapat, sebenarnya kerajaan sedang menginjak-injak demokrasi.

Kami yang menandatangani dibawah ini mendesak kerajaan Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan Seksyen 114A Akta Bukti. Atau melupuskan ia serta-merta.

Bersama dengan ini, kami yang menandatangani ini juga mendesak kerajaan Malaysia untuk menarik kembali segala kekangan terhadap hak menyatakan pandangan termasuk pindaan kepada Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998, dan melupuskan fasal-fasal yang mengekang. Kami juga menuntut supaya Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 dipinda kembali.

PERSATUAN KESEDARAN KONUNITI (EMPOWER)
Nak Baca Lagi, Klik Di sini

31 Mei 2012

Penyenaraian FGVH: Siapa dia Bunge Limited

Penyenaraian FGVH: Siapa dia Bunge Limited

Dr. Rosli Yaakop,31 Mei 2012
Siapakah Rakan Kongsi Strategik FGVHB?

Dalam satu siaran akhbar bertarikh 12 Disember 2011 di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, diumumkan bahawa syarikat Bunge North America (BNA), anak syarikat Bunge Limited (BL) yang menguasai operasi syarikat Bunge Limited bagi Amerika Utara telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama dengan TRT ETGO di Kanada.

Syarikat usahasama itu dinamakan Bunge ETGO L.P. yang akan menyatukan aktiviti komersial kedua-dua syarikat berkaitan operasi penglumatan (crushing) dan penafisan (refining) di Kanada, iaitu, kilang milik Bunge Limited di Hamilton, Ontario dan TRT-ETGO di Becancour di Quebec.  Kilang ini boleh digunakan untuk melumatkan biji canola atau kacang soya.

Kombinasi kedua-dua kilang ini menghasilkan kapasiti penglumatan sebanyak 2 juta ton se tahun. Tidak diumumkan struktur pemilikan saham di dalam syarikat usahasama yang baru ditubuhkan itu. Juga, terma-terma kewangan berkaitan dengan penubuhan syarikat usaha berkenaan masih dirahsiakan.

Oleh kerana FGVHB telah pun memulakan usaha sama di Amerika Utara, maka bolehlah dianggap bahawa yang akan menjadi “rakan kongsi strategik” bagi FGVHB apabila ia disenaraikan di Bursa Malaysia nanti ialah Syarikat Bunge Limited ini yang bakal diberi milikan saham sebesar 20% di dalam syarikat tersenarai FGVHB. Usahasama di antara FGVHB dan Bunge Limited di Amerika Utara telah dimetrai dalam bulan Disember 2011.

Siapakah Dia Bunge Limited (BL) Ini?

Bunge Limited (BL) adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia dalam perniagaan agrobusiness dan makanan dengan kakitangan berjumlah 32,000 orang di lebih dari 30 buah negara. BL menjual, membeli, mensetor dan mengangkut pelbagai jenis oilseed dan bijirin gandum di seluruh dunia. Ia juga memproses oilseed untuk menghasilkan protin untuk makanan ternakan dan pelbagai produk edible oil untuk pelanggan komersial dan pasaran pengguna (melalui rangkaian pasar raya), menghasilkan gula dan ethanol dari tebu (sugarcane) dan mengisar dan mengilang gandum dan jagong (corn) sebagai ramuan (ingredient) yang digunakan oleh syarikat-syarikat pemprosesan dan pengeluaran makanan dan menjual baja di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Pada masa ini, BL beribu pejabat di White Plains, New York.

BL adalah pengisar (miller) jagong kering (dried corn) Nombor 1 di Amerika Syarikat (melalui anak syarikatnya, Lauhoff Grain) menguasai 18% pasaran, pengeksport gandum (grain) Nombor 1 di Brazil, pengeksport produk-produk kacang soya Nombor 2  di Amerika Syarikat (soymeal dan soyoil), pengeksport gandum Nombor 3 di Amerika Syarikat, pemeproses kacang soya Nombor 3 di Amerika Syarikat., pengeksport gandum Nombor 4 terbesar didunia, pemiliki grain elevator capacity yang ke 4 terbesar di Amerika Syarikat dan pengeksport gandum Nombor 7 di Argentina.

BL memiliki 50 buah grain elevator di Amerika Syarikat kebanyakannya di kawasan sepanjang Sungai Mississipi dari St. Louis ke New Orleans. Ia memiliki sebuah grain export elevator yang amat besar di Quebec City, Kanada.

BL ini adalah sebuah syarikat milik orang Yahudi yang di mana sahaja ia beroperasi dan menjalankan perniagaan matlamatnya ialah “ia mahu menguasai dan memonopoli.” Ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat “food cartel” dunia. Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit. Apabila ianya kelak menjadi “rakan kongsi strategik” kepada FGVHB, maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia.

Dari segi sejarahnya, BL bermula di Amsterdam pada tahun 1750 di asaskan oleh keluarga Bunge. Ia bermula dengan berniaga kulit, rempahratus dan getah dari tanah jajahan Belanda. Selepas satu abad menguasai perdagangan yang amat lucrative ini, pada tahun 1850, Charles Bunge memindahkan perniagaan keluarga ini ke Antwerp, Belgium.

Di sini, dua anak lelaki beliau menubuhkan syarikat perkapalan yang menguasai pelayaran komersial di Lautan Atlantik. Edouard Bunge menetap di Antwerp sementara Ernest Bunge  berpindah ke Argentina pada tahun 1876.  Bersama abang iparnya, George Born, beliau menubuhkan syarikat Bunge and Born di Buenos Aires, Argentina. Pada tahun 1897, seorang pedagang gandum berbangsa Yahudi bernama Alfred Hirsch menjadi rakan kongsi mereka. Pada tahun 1927, Hirsch menjadi presiden syarikat Bunge and Born dan kekal selama 30 tahun.

Hirsch dan lain-lain ahli keluarga Bunge and Born melaksanakan strategi “menguasai dan memonopoli” dengan cara menyalahi etika perniagaan termasuk melalui korupsi dan konspirasi. Di Argentina, mereka berjaya membolot estancias - tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu malah berjuta-juta ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains. Mereka berjaya menguasai ekonomi Argentina. Parahnya penguasaan syarikat Bunge and Born ke atas ekonomi Argentiana terdedah pada tahun 1974 apabila kumpulan Pemberontak Argentina (Montoneros Terrorists) berjaya mencolek Jorge Born dan Juan Born. Dari mereka diketahui bukan sahaja syarikat Bunge and Born ini menguasai dan memonopoli sektor pertanian Argentina tetapi syarikat-syarikat milik Bunge and Born menguasai 40% pengeluaran cat (paint), 67% pengeluaran bekas tin (can), 20% pengeluaran tektil dan senarainya terlalu panjang untuk diturun semuanya di sini.

Bila Juan Peron menjadi Presiden Argentina pada tahun 1946, beliau cuba untuk mengurangkan dominasi Bunge and Born ke atas ekonomi Argentina, khasnya di sektor pertanian yang mengakibatkan petani-petani hidup dalam keadaan tertindas dan melarat. Beliau telah cuba mengurangkan dominasi dan kuasa grain cartel (yang dikuasai oleh Bunge and Born dan beberapa buah lagi syarikat lain) dengan kerajaan sendiri, melalui penubuhan “Institute for the Promotion of Trade (IAPI),” membeli gandum terus dari petani dan mengeksportnya. Mendapati kuasa mereka mula terhakis, ahli-ahli “grain cartel” lalu mengatur konspirasi menjatuhkan kerajaan Peron.

Dalam tahun 1955, Peron dijatuhkan dan IAPI yang beliau tubuhkan ditutup. Juan Peron kembali berkuasa pada tahun 1973 lalu menubuhkan National Grain Board untuk membebaskan petani gandum dari penindasan oleh “grain cartel.” Sekali lagi Peron mendapat tentangan kuat dari syarikat-syarikat “grain cartel.” Bila Juan Peron meninggal dunia pada tahun 1974, isteri beliau, Evita Peron mengantikan beliau dan meneruskan perperangan ke atas grain cartel. Beliau kemudian digulingkan (1976) dan NGB dibubarkan dan syarikat-syarikat cartel kembali menguasai pengeksportan gandum dan daging  Argentina. Petani-petani Argentina sehingga kini terus hidup tertindas.

Parahnya dominasi syarikat Bunge dan Born ke atas Argentina terbukti apabila dua orang eksekutifnya berjaya menyelinap masuk ke dalam kerajaan Carlos Menim dengan memegang jawatan Menteri Ekonomi, iaitu, mula-mula Mor Roig diikuti Nestor Rapanelli.

Bagi rakyat Argentina, “nasi telah menjadi bubur.”  Dominasi Bangsa Yahudi di dalam kehidupan mereka sudah parah, bukan sahaja mereka menguasai ekonomi Argentina tetapi juga politik dan kerajaan Argentina.

Persoalannya: Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan jenarasi mereka yang akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan, yang ketamakan dan kerakusannya tiada tolok bandingan dan yang matlamatnya tidak lain untuk “menguasai dan memonopoli” sudah berada di ambang pintu? Mahukah dan bersediakan peneroka Felda untuk berkongsi tanah dna kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi?

*Penulis adalah bekas Timbalan Pengarah Bank Negara merangkap Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan
Nak Baca Lagi, Klik Di sini

Laporan penuh Kes Kapal Selam

Laporan penuh Kes Kapal Selam

Dari blog Tukang Lawan,31 Mei 2012
Suaram, NGO hak asasi manusia terkemuka di Malaysia, mengalu-alukan semua media, kedua-dua media serantau dan Malaysia, serta ahli-ahli masyarakat diplomatik di Bangkok, taklimat media ini eksklusif, pada satu skandal rasuah yang paling sensasi dan kontroversi di negara kita, dan mungkin di rantau ASEAN.

Ini merupakan sidang media bersama yang pertama antara peguam Perancis dan pasukan SUARAM, berikutan bermulanya siasatan kehakiman di instance Tribunal Grande De di Paris, yang akan menyiasat jenayah rasuah yang didakwa dan rasuah yang menyalahi undang-undang yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua Malaysia dan Perancis.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, delegasi Suaram yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel dan Fadiah Nadwa Fikri, kembali selepas suatu pendengaran berjaya sebelum Hakim Roger Le Loire, salah satu daripada dua orang Hakim Arahan yang ditugaskan untuk menyelia kes itu.

Hakim telah terutamanya menerima senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan termasuk semasa Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, bekas Menteri Pertahanan dan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan seorang tokoh utama dalam proses perolehan, Abdul Razak Baginda sebagai saksi utama yang boleh terus membantu dalam siasatan di hadapan Tribunal.

Akses kepada kertas siasatan

Berikutan bermulanya siasatan itu, SUARAM telah mendapat akses penuh istimewa kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat dirahsiakan kini dibuat diakses oleh SUARAM sebagai Plaintif sivil dalam kes jenayah terhadap DCNS (syarikat pembinaan kapal Perancis).

Undang-undang Perancis menyediakan kekangan beberapa kawasan akses. Walaupun kita tidak mampu untuk mendapatkan salinan keras dan mengedarkan salinan, kami bagaimanapun berhak untuk paparan penuh dokumen dan dapat memetik mereka kepada media dan orang ramai.

Ia juga penting untuk diambil perhatian bahawa aduan yang dibuat oleh SUARAM telah membawa kepada bermulanya penyiasatan jenayah yang baru sahaja dibuka, meninggalkan kemungkinan besar pendakwaan jenayah mereka yang terlibat dalam skandal rasuah ini. Peguam kami telah diingatkan bahawa pegawai Perancis dan Malaysia serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam skandal rasuah boleh dimasukkan ke dalam senarai “suspek” sebagai hasil kes jenayah di Mahkamah Perancis.

Bidang kuasa undang-undang Malaysia obligasi undang-undang di bawah konvensyen PBB menentang rasuah (Uncac)

Malaysia sebagai penandatangan kepada UNCAC sejak 2008, kini wajib untuk bekerjasama dengan negara bangsa lain dalam mencegah, menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah. 

Pihak Negeri terikat di sisi undang-undang untuk memberi bentuk bantuan undang-undang bersama yang khusus dalam mengumpul dan memindahkan keterangan untuk kegunaan di mahkamah dan mengekstradisi pesalah.

Trend melungkungi dalam memerangi rasuah trans-sempadan ialah bidang kuasa sejagat. Ini bermakna negara boleh dibawa ke mahkamah dan mendakwa di negara itu yang dituduh telah melakukan satu kesalahan jenayah di negara lain.

Skandal kapal selam Scorpene menyediakan platform untuk bidang kuasa sejagat yang terpakai. Dengan mengesahkan UNCAC, Malaysia telah memberi isyarat kepada dunia kesediaan kami untuk mengemukakan kepada rangka kerja kerjasama antarabangsa.

Hakim Le Loire selepas mendengar testimoni huraikan dari SUARAM, menerima kenyataan kami, dan berjanji untuk meneruskan siasatan. Penerimaan daripada 7 saksi yang dicadangkan oleh SUARAM, Hakim Perancis telah diminta untuk butir-butir penuh dengan orang-orang yang terlibat, untuk memulakan mengeluarkan sepina kerana beliau merasakan tindakan itu patut dilakukan.

SUARAM peguam Joseph Breham telah menerangkan lagi bahawa mahkamah Perancis dapat mengambil beberapa tindakan khusus untuk memaksa Malaysia membantu dalam siasatan dan perbicaraan yang sedang dijalankan.

1. Hakim akan mengeluarkan sepina secara bertulis terhadap seseorang saksi.

2. Setelah suatu sepina dikeluarkan, saksi itu diwajibkan untuk hadir di hadapan mahkamah dan untuk membantu mahkamah dalam kerja-kerja.

3. Jika saksi itu enggan mematuhi sepina itu, mahkamah boleh mengeluarkan suatu notis “mandat d ‘amener”, memaksa saksi untuk hadir di hadapan.

4. Jika saksi itu gagal untuk memaksa, waran tangkap boleh dikeluarkan. Waran tangkap berkenaan dalam sempadan wilayah Perancis, dan boleh diantarabangsakan, jika hakim yang difikirkan perlu.

5. Berdasarkan kuasa budi bicara hakim, mereka boleh meminta Interpol untuk mengeluarkan notis merah iaitu waran tangkap antarabangsa.

Siasatan Jenayah

Berikutan permulaan kes sivil antara SUARAM dan DCNS, pihak berkuasa Perancis telah memulakan jenayah siasatan terhadap beberapa pegawai tertinggi DCNS  .

Hasil siasatan boleh membawa kepada pendakwaan beberapa pegawai yang berkaitan dalam proses perolehan. Saksi-saksi yang dinamakan dalam kes sivil juga boleh dibawa ke dalam senarai suspek untuk membantu dalam siasatan jenayah.

Pendedahan dan penemuan

SUARAM telah mempunyai beberapa persidangan media di Malaysia,untuk mendedahkan maklumat dan perkembangan kes itu.pihak berkuasa Malaysia   telah menolak sebarang bentuk kerjasama setakat ini.

Apabila SUARAM memfailkan aduan dalam sistem kehakiman Perancis, pada bulan April 2010, pendakwa awam menyerbu pejabat DCNS, dan merampas dokumen-dokumen sulit, termasuk kontrak perolehan, bilik kebal bank, invois dan dokumentasi lain yang penting yang dibenarkan untuk siasatan lanjut.

Penemuan khusus dari dokumen di Paris

Dokumen 97.

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis termasuk nota untuk Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Jun 1999 berkaitan dengan satu temu bual dengan Menteri Pertahanan Malaysia dan hubungan diplomatik Malaysia Perancis sebagai pertahanan.

Dalam dokumen tagged “Malaysia”, terdapat laporan sulit mengenai Perimekar dan TERASASI. 

Laporan tersebut mengandungi nota mengenai “Retracing latar belakang rundingan”. Nota menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat keperluan bahawa pemindahan wang yang besar telah disalurkan kepada individu dan / atau organisasi politik.

Nota secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (UMNO) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari mandators mereka.

Nota itu menyebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda sebagai tempat rujukan untuk rangkaian politik.  nota lanjut bahawa kedua-dua Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda mempunyai hubungan politik yang kuat sebagai Mohd Ibrahim Mohd Noor adalah dekat dengan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Razak Baginda rapat dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nota juga menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim Mohd Noor, mula untuk menurun berikutan kejatuhan itu daripada kuasa Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang mengakibatkan kehilangan nama Mohd Ibrahim Mohd Noor  dari Perimekar sebagai pemegang saham dan pengarah yang kemudiannya digantikan oleh orang-orang rangkaian Razak Baginda. 

Razak Baginda akhirnya menjadi titik utama rujukan untuk rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang.

Nota itu menyatakan:

“Sebaliknya, Razak Baginda mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Tambahan pula, isterinya adalah seorang kawan rapat Menteri isteri Pertahanan. Oleh itu, Baginda menjadi pusat rangkaian, Terasasi dikaitkan kepada Baginda manakala Perimekar pada awalnya dikawal oleh Noor Mohd “.

Dua Dokumen Terdahulu

Sebaik sahaja kembali dari Perancis selepas bertemu dengan Hakim Roger Le Loire di Tribunal de Grande instance pada 19 April 2012 dan selepas mendapat akses penuh kepada kertas siasatan, SUARAM telah mendedahkan dua dokumen penting: dokumen 87 dan 144.

Dokumen 87
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat En. Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada D. Arnaud Di Sk ke BAIOCCO dan SAUVAGEOT dengan “PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT” sebagai subjek.

Encik DuPont memperincikan kronologi lawatan dan tindakan masa depan semasa dalam perjalanan di Malaysia di mana terdapat pelbagai akujanji dirancang dalam mesyuarat rundingan tertentu dengan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli pengurusan daripada Perimekar semasa yang dua kontrak cadangan (2) akan disebut (dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia).

Beliau akhirnya menunjukkan mesyuarat dengan DATO' SERI NAJIB di Perancis pada 14 Julai 2001 dengan syarat bahawa DCNI menawarkan jumlah maksimum sebanyak USD 1 bilion untuk penginapan (di Perancis) Perimekar.

Dokumen 144

Pejabat pendakwa atas arahan telah diterima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011. Sampul surat yang terkandung:

- Satu folder sub bertajuk “C4″
- Satu folder sub bertajuk “invois”
- Fail PDF
- Ibu jari pemacu USB

Antara dokumen-dokumen penting adalah kewujudan invois difakskan oleh TERASASI Sdn Bhd (Syarikat No.524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard BAIOCCO ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia.

Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak Euro 359, 450,00 untuk tujuan yuran kejayaan yang akan dibayar kepada Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:

“Razak demande si ce SF peut etre pris en Compte assez vite. le avec un   “.

Terjemahan: "Razak permintaan jika agar SF boleh diambil kira dengan segera. Yuran sokongan berikut dengan laporan".

Oleh itu ternyata bahawa Thales International Asia tidak boleh mengabaikan bahawa jumlah yang dibayar kepada TERASASI Sdn Bhd akhirnya mendapat manfaat Najib Razak Menteri Pertahanan dan / atau perunding beliau, Abdul Razak Baginda.

Kesimpulan

Panggilan SUARAM untuk akauntabiliti bagi jenayah yang serius rasuah telah diendahkan walaupun usaha berterusan untuk menuntut jawapan daripada Kerajaan Malaysia. 

Desakan pemimpin kerajaan kami bahawa undang-undang Perancis tidak boleh mencapai mereka, bercakap banyak kejahilan, ditambah pula dengan kekurangan kesungguhan politik untuk melaksanakan obligasinya di bawah UNCAC.

Walau bagaimanapun, ini tidak akan dalam apa jua cara menghalang penentuan SUARAM untuk membongkar kebenaran dalam usaha untuk akauntabiliti. 

Dengan mengambil kes bagi pihak pembayar cukai Malaysia, SUARAM berikrar untuk meneruskan usaha dalam Krisis kebenaran sebagai kes berjalan di Mahkamah Perancis dalam masa terdekat.
Nak Baca Lagi, Klik Di sini

28 Mei 2012

Mahathir jangan dijadikan contoh dan ikutan — Aspan Alias

Mahathir jangan dijadikan contoh dan ikutan — Aspan Alias

28 MEI — Betulkah pandangan Dr Mahathir jika PR kalah dalam pilihanraya nanti negara akan huru-hara? Satu lagi yang menjadi persoalan ialah kata-kata Mahathir yang jika Umno kalah dan ditewaskan Melayu akan hilang kuasa politiknya? Kenapa Mahathir alih-alih terlalu sayang kepada Umno pula? Kenapa Mahathir alih-alih dan tidak semena-mena  terlalu sayang kepada orang Melayu yang selama ini beliau pandang rendah? Persoalan-persoalan yang saya ajukan ini jangan di salah fahamkan.

Saya bertanya perkara ini, kerana orang Melayu telah hilang identiti asalnya oleh kerana Mahathir. Apabila Mahathir kembali bercakap pasal masa depan orang Melayu dan tentang ketakutannya kepada huru hara negara ini, ia amat bertentangan dengan apa yang beliau lakukan selama ini, terutamanya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu. Segala yang beliau lakukan semasa sedang seronok berkuasa dahululah yang menjadi penyebab berlakunya apa yang berlaku pada hari ini.

Saya mempunyai keyakinan tinggi yang Mahathir sedang begitu panik dengan pergerakan perubahan yang sedang berlaku dalam minda rakyat termasuk minda orang Melayu. Yang pastinya Mahathir tidak mahu seboleh-bolehnya melihat Umno ciptaan beliau kecundang dihadapan mata beliau semasa beliau masih hidup ini. Kalau di nilai dari sudut mana pun, mahu tidak mahu Mahathir merupakan orang yang “accountable” terhadap kekeruhan politik negara kini.

Kecelaruan politik negara tidak akan menjadi begini buruk dalam sekelip mata dan tidak adil jika Mahathir dan konco-konconya meletakkan semua kesalahan kepada kelemahan Abdullah Ahmad Badawi sahaja. Malahan naiknya Abdullah Ahmad Badawi itu adalah kerana kesalahan Mahathir sendiri kerana Mahathir sememangnya mahukan Abdullah menjadi PM kerana beliau menyangkakan Abdullah boleh beliau pengaruhi dalam pentadbirannya.

Apabila Abdullah tidak mahu mendewakan beliau semasa menjadi PM maka Mahathir merasakan yang Abdullah telah mengecewakan beliau kerana tidak menurut kehendak dan kemahuan peribadinya. Maka Abdullahlah yang menjadi kain buruk dan tidak elok kepada Mahathir sampai kehari ini. Sememangnya Abdullah tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi PM tetapi kehendak Mahathirlah yang menjadikan beliau (Abdullah) menjadi PM yang dianggap oleh Mahathir sendiri sebagai PM yang tidak berguna.

Mahathir begitu berjaya melaksanakan pemerintahan “pecah dan perintah” selama ini kerana dengan “pecah dan perintah” itu boleh menyematkan kuasa yang beliau genggam itu. Dengan pemerintahan secara ini beliau telah berjaya mendapatkan kehendak peribadi beliau, iaitu untuk menjadi kuat seorangan dan yang lain-lain di kelilingnya hanya kumpulan “yes men” yang menawarkan peranan untuk menjadi pahlawan untuk mempertahankan beliau (Mahathir)

Mahathir terlalu “obsess” untuk menjadi orang kuat berseorangan ini kerana beliau memerlukan pembodek-pembodek di sekeliling beliau untuk menjaga kehendaknya sehinggakan beliau seolah-olah menjadi maharaja yang dikelilingi oleh mereka yang buta hati tanpa memikirkan “consequence” perlakuan ini terhadap masa depan politik, rakyat dan negara.

Mahathir gagal untuk menjadi seorang “statesman” tetapi hanya sekadar seorang “warlord” politik semata-mata. Beliau tidak akan lagi berjaya untuk diakui sebagai negarawan sampai bila-bila. Kata-kata dan tindakan beliau membuktikan yang beliaulah yang dalam kegusaran jika PR memerintah seolah-olah beliau mempunyai “stake” yang begitu besar jika PR memerintah.

Kata-kata ugutan beliau itu samasekali tidak mempunyai kredibiliti dengan menuduh huru-raya yang akan berlaku jika PR kalah. Sebaliknya petanda awal menunjukkan Umnolah yang akan menghuru-harakan keadaan jika PR menang. Di mana-mana pihak PR mengadakan perhimpunan untuk berceramah khususnya yang dilakukan oleh PKR, samseng-samseng Umno mengganggu sehinggakan berlaku kecederaan kepada yang hadir seperti yang berlaku tiga hari yang lepas di Lembah Pantai.

Ceramah Anwar Ibrahim diganggu oleh samseng upahan Umno dengan membaling batu serta telor kearah penceramah dan yang hadir sehinggakan mencederakan beberapa orang yang berada di situ. Banyak pihak berpendapat yang Mahathir amat takut jika Anwar menjadi PM selepas pilihanraya yang akan datang kerana sebab-sebab yang semua pihak tahu.

Mahathir mahukan kepimpinan hari ini untuk terus memerintah walaupun beliau sendiri yang mengakui yang Umno itu sudah busuk sampai ke ususnya. Beliau jika mengakui yang tinggal dalam Umno hanyalah yang kurang pandai (bodoh) kerana yang pandai sudah masuk PAS, yang bijak menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP.

Itulah sebabnya Mahathir mahukan Umno masih memerintah kerana pada beliau yang tidak pandai (bodoh) sahaja boleh membela beliau sehingga ke akhir hayat beliau.

Kepada rakyat yang ramai-ramai yang telah mengambil keputusan untuk melakukan perubahan teruskan usaha itu dengan tata-cara yang baik. Sampai sahaja PRU undi sahaja mana-mana calon dalam PR kerana bak kata Mahathir yang pandai, yang bijak dan yang pintar sememangnya berada dalam Pakatan rakyat.

Mahathir amat takut PR akan mampu membuktikan pentadbiran negara yang lebih baik di bawah PR jika PR memerintah Putrajaya, kerana bukti yang akan ditunjukkan oleh PR itu akan membuatkan Umno baru ini tidak boleh bangun lagi sampai bila-bila.

Sampai ke hari ini Mahathir serta pemimpin Umno yang lain tidak mengeluarkan kenyataan tentang budaya samseng yang sedang berkembang dalam Umno pada masa ini.

Saudara, segala yang berlaku pada hari ini menunjukkan yang Umno itu memang sudah sampai kepenghujung hayatnya. Hanya rakyat terpaksa memilih diantara dua pilihan: untuk bersama dengan parti yang akan hilang kuasa atau dengan pihak yang mengambil alih dan akan melakukan segala usaha untuk membentuk kerajaan yang menghormati undang-undang, tidak rasuah, dan mempunyai aras “governance” yang tinggi serta beretika. Jika Pakatan Rakyat yang memerintah, sudah pasti budaya samseng akan tiada lagi dan sesiapa boleh berpolitik secara selamat dan aman damai.

Sementara menanti kejayaan itu, penyokong-penyokon PR jangan sekali-kali melatah. Gunakan pemikiran yang bernas dan jangan sekali-kali menggunakan “buku lima” atau pun batu-batu dan kekasaran terhadap mereka.

Seperti kita melayani orang yang hendak meninggal, kita mesti hormat kepada tubuh yang akan berpisah dengan nyawanya. Apabila tiada lagi orang itu, aman damailah hendaknya kita. tentu rakyat akan merasakan nikmat hidup dengan aman damai dibawah naungan kerajaan yang baru.

Kita buktikan yang pihak PR tidak melakukan apa yang Mahathir pernah lakukan dan itu pun sebabnya kita berjuang untuk menunjukan kelainan memerintah jika tidak menjadikan agenda peribadi sebagai perjuangan kita.

Formula kita mudah sahaja: jangan jadikan Mahathir sebagai contoh dan ikutan. Selamat kita, insyaallah. — aspanaliasnet.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.
Nak Baca Lagi, Klik Di sini

PELUANG MENYEMAK ARAH KIBLAT PADA 28 MEI & 16 JULAI INI

PELUANG MENYEMAK ARAH KIBLAT PADA 28 MEI & 16 JULAI INI

Assalamualaikum & hai..

Jangan lepaskan peluang untuk menyemak arah kiblat di tempat anda menggunakan bayang matahari pada 28 Mei ini pada jam 5.16 petang. Pada tarikh dan masa tersebut, matahari sedang berada betul2 di atas Kaabah, yang mana akan menyebabkan semua arah bayang yang terhasil adalah menunjukkan arah kiblat.

Untuk pengetahuan anda, peristiwa sebanyak dua kali setiap tahun iaitu 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang.

Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langit dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal”"(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka”
(Surah Al-Imran: Ayat 190-191). RujukanTafsir Qur’an Per Kata: Dr.Ahmad Hatta, MA.

 

Tepat pada jam 5.16 pm (28 Mei) atau 5.28pm (16 Julai), matahari akan bergerak dan berada pada kedudukan tepat di atas Kaabah. Jika kita berpeluang berada di Masjidilharam ketika itu, kita akan lihat Kaabah (serta apa yang berdiri tegak di persekitarannya, seolah-olah tidak ada bayang-bayang.Ketika itu, waktu di Mekah ialah 12.16 tengahari untuk tarikh 28 Mei atau 12.28 tengah hari untuk tarikh 16 Julai.




Cara untuk menentukan kedudukan ini ialah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan atau apa-apa yang tegak 90 darjah sebagai panduan. Garisan bayang-bayang yang terhasil akan terarah tepat ke Mekah.


Ada yang bertanya,  mengapa bersusah-payah berjemur tengah panas mencari kedudukan kiblat, lebih baik guna kompas.

Jawapan agak mudah. Kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi. Namun, jika ada sumber medan magnet yang berdekatan (seperti besi, tv dll) , penunjuknya akan terpesong dan menunjuk ke arah lain. Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari.Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun.

Ini semua kerana jaminan Allah SWT yang telah diberikan dalam ayat Quran di bawah:

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)

“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” (Surah Yaasin: 40)

Maka itu, buanglah perasaan ragu-ragu anda. Teknologi yang sedia ada ini semuanya berasal daripada keadah ukuran yang dibuat oleh ilmuwan terdahulu.

Dr.Baharuddin Zainal (UDM) menjelaskan di dalam artikel “Arah Kiblat: Isu Istiwa Adzam” di laman web UDM, bahawa kaedah falak tradisional ini lebih ‘mesra pengguna’, dan mudah untuk dipraktikkan. Malah kaedah istiwa matahari ini telah diketahui lebih 3000 tahun dahulu!
Nak Baca Lagi, Klik Di sini

27 Mei 2012

Beginikah melahirkan belia patriotik?

Beginikah melahirkan belia patriotik?


بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


Pada hari Jumaat 25 hb yakni semalam, khutbah2 Jumaat di masjid2 utama negara (yang mendapat teks dari JAKIM) membicarakan tentang hari belia dan khutbah di tempat aku mengenakan tajuk "Melahirkan Belia Patriotik".

Sejujurnya, letaklah tajuk apa pun - semuanya menjurus kepada memuji muja perancangan kerajaan UMNO BN menganjurkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada ketika ini. Kononnya tindakan ini - yang bertemakan "jutaan peluang penuh keriangan" ini merupakan antara langkah murni kerajaan menyantuni golongan belia yang dilihat sebagai aset masadepan negara yang akan menerajui Malaysia ini pada satu hari nanti.

Bagi aku, secara asasnya Himpunan Belia ni ada kebaikannya. Diwujudkan karnival mencari kerja dan ruangan utk para peniaga untuk berniaga dan mempromosikan barangan depa. Kita lupakan sejenak yang Himpunan ini merupakan salah satu cara UMNO BN untuk meraih sokongan belia. Lupakan sejenak betapa pelbagai penyalahgunaan jabatan dan kementerian awam dalam penganjuran dan promosi Himpunan Belia ini. Lupakan, jika boleh, bahawa ini merupakan satu cara Najib untuk melawan pengaruh PR dalam menganjurkan perhimpunan terutamanya selepas himpunan UMNO di Bukit Jalil tak "menjadi".

Lupakan juga betapa pelajar2 sekolah diarahkan oleh kementerian pelajaran menerusi sekolah masing2 untuk hadir memeriahkan suasana agar tercapai target "jutaan belia" hadir.

Cuma, yang aku kesalkan MENGAPAKAH PERLU DISELITKAN perkara2 yang HARAM seperti konsert K Pop untuk menarik minat belia menghadiri himpunan ini? Mengapa mesti disajikan persembahan yang langsung tak membawa apa2 pengisian baik dari segi jasmani mahupun rohani ini? Malah, yang dibawa bukanlah artis tempatan pun tetapi disumbatnya artis2 Korea dan Jepun! Patriotik apa namanya ni kalau bab menyanyi pun kena import? Artis2 kita ni layak buat opening act je ke? Menyentil populariti orang lain?




Inilah yang benar2 buat aku pelik. Apa kaitannya konsert K Pop untuk melahirkan generasi yang cakna dan berwawasan? Adakah ada pengisian dari segi memantapkan akidah? Ada ke modul untuk mencambahkan rasa cinta terhadap Jalur Gemilang? Ada?

Yang ada hanyalah anak2 muda yang majoritinya melayu (tak perlu ambil kira org2 luar negara) terkinja2 menjerit2 memuji muja penyanyi2 K Pop kesayangan depa, sampai ada yang sanggup menconteng muka dan tangan dengan pewarna untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang depa terhadap artis2 kafir itu. Malah kalaulah berpeluang, remaja2 ini - perempuan majoritinya dan ada yang bertudung pun - pastinya akan memeluk cium artis2 pujaan depa ni tak nak lepas2!

Inikah pengisian yang ingin dibawa oleh UMNO BN?

Pada tahun lepas, ketika himpunan yang sama berjalan (dan sekali lagi artis K Pop dijemput menyanyi), ada puak2 yang menembak aku dengan menyatakan "kenapa tak kutuk konsert di I City" dan seumpamanya. Kali ini, depa nak jawab apa lagi - 2 tahun berturut2 hiburan maksiat serba lagha ini dianjurkan sedangkan kerajaan negeri Selangor TIDAK LAGI MENGADAKAN KONSERT LAGHA SECARA BESAR2AN, dan pada kali ini situasinya jauh lebih biadab - sanggup membatalkan tauliah mengajar kepada seorang Ustaz supaya kuliahnya di Putrajaya dibatalkan kerana bertembung dengan aturcara program Himpunan Belia ini, yakni konsert K Pop tersebut.




Inilah hakikatnya - konsert K Pop diutamakan berbanding Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus. Konsert maksiat serba lagha didahulukan, pengajian ilmu akhirat diketepikan. Inikah transformasi yang dicanangkan oleh pentadbiran Najib? Men"transform"kan belia negara daripada hanyut kepada SESAT LARAT?

Apakah satu dosa kiranya penganjur menyelitkan kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus ini sebagai salah satu agenda program utama? Alang2 dia dah ada kat Putrajaya kan? Aku yakin, jika penganjur buat mcm ni sudah pastilah depa akan mendapat segenap pujian dari semua pihak dan dari segi political mileage, ini adalah satu benda yang amat hebat untuk populariti depa. Even kalau tak jemput Ustaz Azhar Idrus pun atas alasan beliau ini agak cenderung ke PAS, buatlah program2 seperti diskusi agama bersama ulama muda UMNO. Payah sangat ke?

Tetapi depa memilih untuk terus melaghakan belia negara. Depa memilih untuk terus menjahilkan belia2 masa depan negara ini. Depa mahu menarik minat belia, tetapi depa memilih cara yang haram. So yang datang pun semuanya yang mcm haram la.

Aku menaip bukanlah marahkan depa yang datang. Budak2 ni jahil. Hijab minda tak terbukak lagi jadi golongan sebegini perlu kita didik dan tuntun dengan baik serta mengikut landasan agama agar depa tidak terpesong. Ustaz Azhar Idrus - yang amat mengagumi Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyid al Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz - telah melakukan tugas yang amat menakjubkan apabila berjaya menarik minat pelbagai golongan termasuklah golongan muda, kaki lepak, kutu rayau, mat rempit, artis malah golongan mat pit untuk menggali isi kuliahnya.

Berapa ramai budak2 remaja yang mengikuti dengan tekun kuliah2 Ustaz Azhar - dan aku temui - mula berubah fikrah depa iaitu lebih ke arah keIslaman? Depa tetap remaja - lepak, main bola, main gitar tepi tembok, merempit tetapi depan mata aku sendiri, lagi 10 minit nak maghrib depa pun brsurai dari melepak - "weh, nak maghrib ni. blah blah blah. lambat lak nak pi surau sat gi". Inilah impak yang amat positif! Alangkah indahnya kalau SEMUA belia kat negara ni berjaya dituntun ke arah ini!

Malah, jika depa benar2 didedahkan dengan Islam dan Iman, depa akan jadi lebih kuat dan kukuh kesetiaan dalam hati dan ini termasuklah kecintaan dan kesetiaan kepada negara sebab Islam sememangnya mengajar kita agar setia dan berkorban untuk negara dengan ditunjangi ruh Islami. Inilah asas utama melahirkan belia patriotik.

Yang menjadi sasaran kemarahan aku adalah penganjur. Penganjur yang berterusan mencambahkan bibit2 lalai dan maksiat dalam diri anak2 muda kita. Meminjam kata2 Najib, inilah "HARAM JADAH"!






Alhamdulillah, walaupun tempat kuliah terpaksa diubah demi memberi laluan kepada "pengisian ala-UMNO", Masjid As-Salam di Puchong Perdana tadi tetap penuh sesak menerima kehadiran belasan ribu umat manusia - 60% daripadanya belia - yang dahagakan curahan ilmu dan tazkirah daripada Ustaz Azhar Idrus. Gambar2 yang dikongsi di laman Facebook rasmi UAI membuatkan aku terfikir, "alangkah bodohnya UMNO BN!"

Nak buat mcm mana, depa mmg bodoh. Mendahulukan maksiat banding rahmat. Dan ini kot "Islam Wasatiyyah" ala UMNO.
Nak Baca Lagi, Klik Di sini

26 Mei 2012

Malam Itu di Kerinchi

Malam Itu di Kerinchi

Pada malam itu, 24 Mei 2012, di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai, UMNO membuktikan sekali lagi mengapa mereka perlu ditolak rakyat Malaysia. Pada malam tersebut kebiadaban yang cuba disorok selama ini telah terserlah, masyarakat Melayu yang penuh dengan adab dan adat telah bertindak samseng, mengganggu ceramah PR dengan membaling batu, telur dan juga membocorkan tayar kenderaan. Maka amat jelas sekali bahawa UMNO hanya mampu merosakkan minda Melayu, membawa Melayu menjadi bangsa yang tidak bertamaddun dan beretika.

Namun kesan terhadap tindakan pengecut tidak sepertimana yang mereka harapkan apabila lebih ramai rakyat yang hadir bersama ceramah PR. Walaupun diancam sedemikian rupa program tetap diteruskan. Rakyat tidak bersurai walaupun terpaksa menyaksikan seorang warga mas cedera berdarah dahinya terkena batu yang dilontar dari jauh. Beliau berjalan beberapa langkah setelah terkena batu dan saya melihat dahinya berdarah, bajunya bertompok-tompok dengan darahnya sendiri sebelum tiba-tiba rebah dan disambut orang-orang di tepinya. Beberapa orang memapahnya dan membawanya ke belakang.

Dalam keadaan trauma sebegitu sekalipun, rakyat tidak berganjak. Atas sikap istiqamah rakyat yang terus bersama, ceramah diteruskan oleh DSAI dan ditutup akhirnya oleh diri saya sendiri. Rakyat tidak berganjak sehingga majlis berakhir.



Tetapi apa yang saya kesal dan kasihan ialah pihak Polis yang hadir bertugas pada malam itu. Pasti mereka ingin menghalang dan mungkin juga menangkap samseng-samseng belaan UMNO tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri. Samseng-samseng ini tidak boleh disentuh, maka di atas sebab UMNO berkuasa, kredibiliti polis terjejas. Rakyat tertanya-tanya mengapa Polis tidak bertindak dan akhirnya hilang kepercayaan kepada pihak Polis. Oleh itu, pihak Polis yang ingin menyelamatkan institusi Polis sebelum terlambat perlu menolak UMNO dan mengundi PR.

Selepas ceramah selesai, sekembali saya ke kereta, saya dapati tayar belakang belah pemandu telah kempis. Kami terpaksa membukanya dan menggunakan tayar ganti. Pasti kerja samseng yang sama juga dan sebaik sahaja kami selesai, datang sebuah kereta dan berhenti di tepi saya. Tuan kereta menurunkan cermin dan memberitahu bahawa tayarnya juga telah didapati kempis! Seorang lagi yang menjadi mangsa budaya samseng yang semakin bermaharajalela.

Ini semua merupakan bukti bahawa UMNO semakin nazak dan tidak tahu apa perlu dilakukan untuk mengatasi masalah mereka. Adakah mereka fikir tindakan samseng akan menyebabkan rakyat menyokong mereka dan seterusnya mengundi mereka? Jelas mereka tidak mengenali rakyat Malaysia.

Usaha baling batu sembunyi tangan dengan kaedah out-sourcing ataupun melalui budaya sub-con kerja-kerja terkutuk kepada NGO seperti PERKASA, JATI, Bekas Tentera dan sebagainya tidak akan berjaya untuk menipu rakyat. Semua tahu ianya kerja siapa. Kerja sebuah parti yang terdesak serta sedang nazak dan melibas ke kiri dan ke kanan. Tetapi apa yang pasti ialah insyaAllah UMNO akan terkubur dalam sejarah dengan penuh kehinaan dengan dicaci rakyat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Nak Baca Lagi, Klik Di sini

Rais buta antara aset kerajaan dan harta Umno

Rais buta antara aset kerajaan dan harta Umno

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Ketika PAS dimomokkan sebagai Parti Islam yang ghairah mengejar kuasa sehingga melupakan dasar perjuangan sucinya, namun dalam masa sama berbondong-bondong orang ramai memohon keahlian, termasuk tokoh-tokoh terkemuka dan selebriti terkenal.

Semasa aktivis dan penyokong Pakatan Rakyat -- tidak terkecuali PAS -- ditohmah sebagai perusuh dalam demonstrasi suku juta umat, Bersih 3.0, dengan pelbagai kempen propaganda, termasuk melalui siaran RTM pada waktu puncak, memaparkan peserta himpunan "mengganasi pihak keselamatan", kita dikejutkan dengan perisytiharan beberapa bekas pegawai kanan polis menyertai Parti Islam.

(Semasa mengunjungi Miri, lebih sebulan lalu, memenuhi jemputan program kewartawanan media baru, saya bertemu dengan bekas Timbalan Residen Miri -- jawatan hampir sama dengan Penolong Pegawai Daerah -- Johari Bujang, yang kemudiannya baru-baru ini dilaporkan telah menyertai PAS).

Berita itu sepatutnya menenggelamkan dakyah bekas Ketua-Ketua Polis Negara -- Hanif Omar, Rahim Noor dan Musa Hassan -- yang cuba memalitkan imej "kotor dan ganas", juga "berunsurkan komunis" terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih, 28 April lalu.

Pada 20 Mei lalu, di hadapan lebih 5,000 hadirin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato' Fauzi Shafie (antara segelintir kecil nama-nama pegawai kanan polis yang diingati ramai), telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Ulu Sepetang, Larut, Perak.

Menerusi YouTube, saya agak teruja mendengar muqadimah ucapan Fauzi, yang dikira mantap dan sarat dengan peringatan agama, sekali gus menggambarkan sikap dan komitmen padunya terhadap perjuangan Islam yang dibawa PAS. Beliau seperti mahu memanfaatkan baki usianya untuk mendaulatkan agama Allah.

Sebelum itu, di Perak juga, bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River, Abdullah Omar turut menyertai PAS. Dalam ceramahnya di Dungun, 24 Januari lalu, Abdullah berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang,  berdaftar dengan pendaftar pertubuhan, dan lebih penting kerana dipimpin tokoh-tokoh yang ingin membawa negara kepada pemerintahan Islam, tidak sepertimana kebanyakan pemimpin Umno yang terlibat dengan pelbagai skandal.

Abdullah seolah-olah menjawab lebih awal siri serangan yang bakal dihadapi  Fauzi. Akhbar Berita Harian, 22 Mei lalu, memilih tajuk utama halaman lapan,  "Veteran polis rasa terguris", dengan tajuk kecil, "Keputusan bekas Pengarah JSJ sertai PAS dianggap khianati kerajaan".

Ia ekoran reaksi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri, dengan penyertaan Fauzi bersama PAS. Shafie berkata, pihaknya terkejut dan keliru dengan tindakan Fauzi itu.
"Saya pun tak tahu apa pertimbangan beliau (Fauzi) sedangkan ketika dalam PDRM, beliau memegang jawatan kanan selain mendapat gaji yang tinggi dan berpencen. Kini bila bersara, sertai pula pembangkang, agak ganjil tindakan beliau itu," kata Shafie, seperti dilaporkan Berita Harian.

Saya sendiri terkejut bagaimana Berita Harian memilih tajuk kecil "... dianggap khianati kerajaan" hanya kerana bekas pegawai tertinggi polis itu menyertai PAS. Usaha "pembodohan massa" (meminjam ungkapan Dr Siddiq Fadzil ini) dalam suasana rakyat semakin terbuka menilai amalan demokrasi dan celik politik itu cukup memalukan.

Sebelum ini, akhbar dalam kumpulan yang sama, New Straits Times (NST) telah melabelkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai "bapa kafir" dan tidak mahu memohon maaf walaupun selepas didesak berbuat demikian.

Segera saya mengirim SMS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu minta respons awal terhadap laporan Berita Harian itu. Tanpa perlu menunggu lama, Mat Sabu yang banyak menjalin hubungan dengan tokoh-tokoh kenamaan pesara tinggi kerajaan dan juga bekas pimpinan Umno, membalas: "Inilah doktrin yang melahirkan kebangangan polis dan bekas polis ...tak kenal antara kerajaan dengan Umno."

Rakan saya, seorang pegawai polis, turut membalas SMS sama: "Apakah Shafie faham erti dan amalan demokrasi yang sebenarnya?"

Menyedihkan sekali, jika hal-hal semudah itu, seperti kebebasan untuk memilih menyertai mana-mana parti politik berdaftar -- hatta proaktif untuk menjatuhkan kerajaan melalui saluran undang-undang -- dikaitkan dengan istilah-istilah yang langsung tidak relevan, misalnya "khianati kerajaan".

Mungkin kalau zaman dahulu (zaman Hanif Omar) akan mudah dilabelkan dengan  "anasir subversif", malah tidak mustahil dicap "prokomunis", atau  dikaitkan dengan "aliran Marxisme" (satu istilah yang cukup digemari Rahim Noor).

Kepada pertanyaan wartawan Harakahdaily, Fauzi berkata: "Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja.  Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini."
Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan "menghalau pelancong" dari negara ini.

Dalam pada itu, seorang rakan lama, juga bekas wartawan ekonomi, meminta Harakah memberi penekanan kepada berita Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim memperuntukkan RM200,000 kepada semua ahli veteran Umno dan Mubarak (Majlis Bekas Wakil Rakyat BN) di setiap negeri dengan menyediakan komputer riba  dan latihan pengurusan media baru, sebagai persiapan menghadapi PRU13.

Sekali lagi ungkapan paling sesuai untuk Rais, seperti dilafazkan Mohamad Sabu: "...tak kenal antara kerajaan dan Umno." Rais yang satu ketika dahulu prihatin dan komited dengan prinsip-prinsip asas demokrasi, kini seperti tidak dapat membedakan di antara wang kerajaan yang diperolehi daripada pembayar cukai dengan dana politik Umno.

Tindakan Rais itu membuatkan kenyataannya yang lebih penting kurang diperhatikan, iaitu "kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya mereka kepada orang ramai" telah disiapkan.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang saya terajui cukup berminat dengan isu akses media sama rata sewaktu kempen PRU13, terutama membabitkan media yang dibiayai dana awam, seperti RTM dan Bernama. Sewaktu konvensyen KAMI, 12 Mei lalu, seperti disaran V Anbalagan, Setiausaha Agung NUJ, telah dirumuskan bahawa satu badan khas yang bebas perlu ditubuhkan bagi memantau perjalanan media berkenaan.

Bagaimanapun saya curiga kemampuan Rais untuk bertindak adil dalam menyiapkan kertas kabinet, terutama untuk menyambut saranan SPR agar diberikan airtime berkempen, yang munasabah untuk semua parti bertanding dalam PRU13 nanti.
Nak Baca Lagi, Klik Di sini

Mahathir dilanda 'sindrom' cuak......'menolangowerphobia'?

Mahathir dilanda 'sindrom' cuak......'menolangowerphobia'?

Memang konpom Umno khususnya Mahathir dilanda sindrom cuak......fobia serta takut tak menentu pasal.

Daun pisang kering bergesel pun disangkanya hantu......tengok bayang sendiri pun disangka ada orang kat belakang......bunyi air menitik di singki disangkanya ada 'makhluk halus' sedang menghendap.

Fikiran Mahathir diketika ini tersangat cuak dan takut sehingga bermacam-macam 'fantasi'nya konon pembangkang akan membuat huru-hara kalau kalah dalam PRU13 nanti.

Kenapa Mahathir bercelaru dan hanyut dalam alam 'fantasi' yang menakutkan itu? [sumber .]

Ini adalah kerana bila Pakatan Rakyat memenangi PRU13, InsyaAllah....maka dengan sendirinya mengikut pergiraan matematik, Umno akan hilang kuasa.....untuk perhatian anda bukan Melayu yang hilang kuasa tau tapi Umno.....baca betul-betul......U - M - N - O

Dan lazimnya orang Umno nih suka cakap terbalik......kalau dia kata pilihanraya sudah hampir bermakna lambat lagilah tuh.....kalau dia kata pembangkang akan buat huru hara bermakna dalam hati mereka sudah ada pasang niat akan buat sesuatu demi mengekalkan kuasa mereka.

Petanda awal sudah jelas kelihatan......bermula dengan provokasi senam tonggeng pungkoq depan rumah Ambiga.....buat kecoh semasa ceramah pembangkang di Merlimau baru-baru ni dan di Pantai Dalam malam tadi serta di Perak (sila baca DI SINI dan DI SINI ).

Oleh kerana Umno berada dalam keadaan 'cemas' serta cuak yang teramat sangat (ada dengar cerita..... kedapatan sesetengah orang, ada yang takut naik kapal terbang kerana kata mereka takut kapal terbang meletup atau menjunam kebawah)......begitulah gamaknya nak bayangkan dia punya takut dan cuak.....maka besar kemungkinan mereka akan guna taktik ala-ala di Kelantan pada 1978 dahulu....mintak dijauhkan Allah SWT akan perkara yang amat menyedihkan itu........hingga ada orang menangi di Parlimen untuk membentangkan perkara itu. (Boleh baca DI SINI .)

Untuk pendekkan cerita, bila Umno hilang kuasa maka segala 'syurga dunia' akan menjadi sejarah dan ramailah politikus-politikus yang kerjanya 'menikus' di zaman kegemilangannya akan berbaris mengambil nombor giliran masing-masing di pintu-pintu masuk di Klinik 1Malaysia.....ooopppsss silap, bukannya di pintu klinik 1Malaysia tapi di pintu Mahkamah barangkali...he he he

al-brangionline:

Ada bermacam-macam jenis fobia dalam dunia ini...seperti di bawah:

Dendrophobia - takut pada pepohon

Hyperphobia - takut akan ketinggian

Lygophobia - takut akan kegelapan

Panophobia - takut akan segala2nya

Xanthophobia - takut akan warna kuning

[sumber .]

p/s

Menolangowerphobia - ameno takut akan hilang power [sendiri reka phobia.....kikiki]
Nak Baca Lagi, Klik Di sini

Pakatan: Kenyataan Mahathir tidak berasas

Pakatan: Kenyataan Mahathir tidak berasas

Fairus Jumain & Jamilah Hamzah

SHAH ALAM – PKR menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan menimbulkan kekecohan ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tidak berasas.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan Dr Mahathir seharusnya dilihat secara terbalik, dan mendakwa pihak Umno-Barisan Nasional (BN) yang akan mencetuskan keganasan.

“Jika kita lihat sejarah Dr Mahathir, selalunya kenyataan beliau memberi maksud yang lain. Kita perlu melihat secara tersirat. Beliau sukakan perkara paradoks.
“Jika Umno-BN tewas pada PRU13, maka merekalah yang mencetuskan keganasan. Oleh itu saya melihat kenyataan Dr Mahathir sebagai kenyataan pihak yang berada di hujung nyawa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Semalam, Dr Mahathir berkata pihak pembangkang akan melancarkan demonstrasi ganas secara berterusan sekiranya mereka tewas pada PRU13 nanti.
Menurutnya, demonstrasi ganas itu juga sebagai satu cara untuk menunjukkan kepada negara luar bahawa rakyat negara ini menolak keputusan pilihan raya yang kononnya telah dimanipulasi oleh kerajaan BN.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula mendakwa Dr Mahathir berkhayal dan kenyataannya itu adalah salah satu manifesto kerajaan Umno- BN dalam pilihan raya umum akan datang bagi menimbulkan tanggapan negatif terhadap parti Pakatan Rakyat (PR).
"Saya merasakan Mahathir dihantui oleh keganasan demontrasi yang berlaku seperti di negara Arab dan nasihatkan supaya tidak terlalu berfikir negatif kepada demonstrasi yang dilakukan di Malaysia.
"Kita berhimpun menggunakan cara yang sah dan ikut undang-undang dan sama sekali tidak ada niat untuk cetuskan hura-hara pada Bersih 3.0 lalu," katanya.
Salahuddin turut berkata, setelah 12 kali PRU diadakan tetapi parti PR tidak pernah lakukan perkara yang menyalahi perlembagaan dan mereka rela kalah pada sitem pilihan raya walupun tidak berpuas hati dengan PRU 13 akan datang.
“Bayangkan kalau memang kami berniat untuk bertindak ganas pada hari itu, Kuala Lumpur akan menerima kesan yang dasyat dan saya bimbang kalau BN yang akan berkelakuan ganas seperti yang terjadi pada ceramah semalam (malam kelmarin)," katanya.
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Nak Baca Lagi, Klik Di sini

PENGIRAAN PINJAMAN BANK

JUMLAH PINJAMAN RM
KADAR FAEDAH SETAHUN
TEMPOH BAYARAN BALIK TAHUN
TUNJUK JADUAL PEMBAYARAN? YA     TIDAK    
TARIKH BAYARAN PERTAMA   
   
BAYARAN SETIAP BULAN RM
JUMLAH BAYARAN RM
JUMLAH FAEDAH DIBAYAR RM
Pengiraan ini berdasarkan kadar faedah ringkas.
Semua nombor telah dibundarkan kepada RM yang hampir.
Jumlah bayaran mungkin berbeza antara bank-bank
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berbangkit.
 
 

VIDEO BERSIH

Loading...

TIADA BATAS Copyright © 2009